Berita

PRU-14: PDRM MAMPU HADAPI SEBARANG BENTUK SITUASI KONTINGENSI – KPN

Kuala Lumpur, 29 Januari 2018 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu berhadapan dengan sebarang situasi kontingensi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Berucap sempena Majlis Pelancaran dan Taklimat Pilihan Raya PDRM bersama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di Maktab PDRM Kuala Lumpur pagi tadi, beliau menjelaskan segala persiapan telah dilaksanakan oleh PDRM merangkumi kursus-kursus ulangkaji, mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, perspektif keselamatan, sumber manusia, logistik, undang-undang dan sebagainya sejak awal tahun 2017 lagi.

Tambah beliau, bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan berada di tahap yang tertinggi, PDRM menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah mengadakan latihan simulasi ‘Ex-Undi Per PRU 14’ bertujuan untuk menguji keberkesanan perancangan dan tindakan pasukan ketika berhadapan dengan situasi yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Jelas beliau lagi, PDRM juga telah meningkatkan pengumpulan risikan dari sudut keselamatan serta ancaman bagi memastikan strategi penugasan dapat dilakukan dengan tepat dan berkesan.

Perjalanan majlis juga turut diisi dengan dua slot taklimat yang dikendalikan oleh pegawai dari SPR di sebelah pagi dan diteruskan dengan taklimat oleh pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di sebelah petang.

Turut hadir, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Haji Mahmood, Pengarah-pengarah PDRM, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lei Choo dan para pegawai kanan SPR serta PDRM.


Pentas utama, (dari kiri) Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Haji Mahmood, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Pengurusan, Dato' Sri Abdul Ghafar Rajab dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lei Choo ...


Ketibaan Pengarah-pengarah PDRM..


Ketibaan Pengarah-pengarah PDRM..


Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun..


Antara pegawai-pegawai SPR yang hadir...


antara Pengarah PDRM yang hadir...

 
 
 


Pasangan pegawai PDRM yang mengacarakan majlis pada hari ini...


Bacaan doa pembukaan majlis..


Ucapan daripada Ketua Polis Negara...


Ucapan daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah..


Sesi penyampaian cenderahati daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah kepada Ketua Polis Negara...


Sesi penyampaian cenderahati daripada Ketua Polis Negara kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah...


Sesi bergambar kenangan...


Sesi taklimat daripada Pegawai SPR..


Sesi soal jawab..


sesi soal jawab...


Sesi taklimat daripada Timbalan Setiausaha SUHAKAM, En.Simon Karunagaram...
 
 
 














PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS