Berita

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS BUKIT AMAN KALI KE-46


Kuala Lumpur, 14 Februari 2018 – Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Kali Ke-46 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Selain membincangkan hala tuju dan aktiviti tahunan kelab, ahli-ahli kelab yang hadir telah membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa Kelab yang baharu untuk sesi 2018/2020.

Antara muka baharu yang dilantik dalam pemilihan kali ini adalah Sarjan Mejar Ismail Juraid yang menggantikan Sub Inspektor Haji Ismail Haji Md Zin sebagai Pengerusi Kelab Polis Bukit Aman yang telah menjalani persaraan wajib pada 16 Disember 2017 lalu.

Turut berlangsung tadi adalah Majlis Serah Terima Tugas Pegerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan Pengerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Kontinjen Bukit Aman di antara Sub Inspektor Megat Nizar Megat Uda Abdullah dengan Sub Inspektor Haji Ismail Haji Md Zin. 

Pegawai Turus Kem Komandan Bukit Aman merangkap Yang Di-Pertua Kelab Polis Bukit Aman, Superintendan Ahmad Shukri Mat Akhir yang ditemui melahirkan harapan agar kepimpinan baharu yang dipilih kali ini dapat meningkatkan kebajikan ahli yang dijadikan keutamaan sekaligus memberi impak positif kepada semua ahli kelab dan persatuan.

_MG_9017
Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Kali Ke-46.

_MG_8989
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Pegerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan Pengerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Kontinjen Bukit Aman di antara Sub Inspektor Megat Nizar Megat Uda Abdullah dengan Sub Inspektor Haji Ismail Haji Md Zin. 

_MG_8997
Sekitar Penyerahan dokumen Serah Terima Tugas Pegerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan Pengerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Kontinjen Bukit Aman di antara Sub Inspektor Megat Nizar Megat Uda Abdullah dengan Sub Inspektor Haji Ismail Haji Md Zin. 

0R9A5220
Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Kali Ke-46.

0R9A5124
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS