Berita

SEMINAR KE ARAH PEMANTAPAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA PDRM

Bangi, 19 Februari 2018 - Dalam memastikan hasil siasatan memenuhi ekspektasi dan kehendak mahkamah serta keyakinan masyarakat terhadap sistem perundangan negara dipelihara, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun meminta agar para pegawai pendakwa dari kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan mereka secara adil dan saksama.

Berucap dalam Majlis Penutupan Seminar Pegawai Penjaga Mahkamah dan Pegawai Pendakwa PDRM Se-Malaysia di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bandar Baru Bangi, pagi tadi, beliau menjelaskan peranan, tanggungjawab dan fungsi seorang pegawai pendakwa kurang diketahui oleh masyarakat kerana lazimnya mereka dilihat sekadar menjalankan tugas mendakwa pesalah sedangkan persiapan awal bagi sesuatu kes adalah lebih kritikal.

Tambah beliau, pegawai pendakwa bertanggungjawab mengkaji dengan teliti dan terperinci segenap hasil siasatan selain menyemak serta merumuskan sama ada keterangan yang sedia ada mencukupi untuk dibuktikan di mahkamah atau sebaliknya, apabila sesuatu fail kes diterima daripada pegawai penyiasat.

Ia juga bagi memastikan mereka yang dituduh bagi sesuatu kes disabit dan dijatuhkan hukuman.

“Dalam usaha mendapatkan sabitan, semestinya ia memerlukan sebuah kertas siasatan yang mantap, lengkap serta berkualiti, dibantu dengan keupayaan dan kebolehan pegawai pendakwa membentangkan kes berkenaan di mahkamah,” ujarnya lagi.

Seminar yang berlangsung selama dua jam itu telah menghimpunkan para pegawai pendakwa PDRM dari seluruh negara dan tentatif utama program meliputi beberapa siri taklimat daripada Pengarah Program Litigasi ILKAP, Dr. Intan Murnira Ramli, Timbalan Pendakwaraya, Mohamad Mustaffa P.Kunyalam dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Dato’ Mohd Zakaria Ahmad.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah JSJ Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Ketua Pengarah ILKAP, Dato’ Anita Haji Harun, Ketua Polis Selangor, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

1
Sesi taklimat daripada Pengarah Program Litigasi ILKAP, Dr. Intan Murnira Ramli..

2
Sesi taklimat daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam..

3
Sesi taklimat daripada Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/ Perundangan), DCP Dato' Mohd Zakaria Ahmad..

4
Ketibaan Pengarah JSJ, Dato’ Wan Ahmad Najmuddin Mohd...

5
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim...

6
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun..

11
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Ketua Polis Negara..

12
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Timbalan Ketua Polis Negara..

13
Nyanyian lagu 'Negaraku'..

14
Nyanyian lagu 'Negaraku'..

15
Nyanyian lagu 'Negaraku'..

16
Sesi bacaan doa pembukaan majlis...

17
Sesi bacaan doa pembukaan majlis...

18
Ucapan aluan daripada Pengarah JSJ Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd...

22
Ucapan perasmian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun..

23
Ucapan perasmian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun..

30
Pentas utama: (dari kiri) Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Pengarah ILKAP, Dato’ Anita Haji Harun, dan Pengarah JSJ Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd..

29
Antara pegawai kanan PDRM yang hadir..

 
 
 

28
Antara pegawai kanan PDRM yang hadir..
 
 
 

31
Gimik perasmian Penutupan Seminar Pegawai Penjaga Mahkamah dan Pegawai Pendakwa PDRM Se-Malaysia oleh Ketua Polis Negara..

21
Tayangan video berkenaan objektif seminar pada hari ini..

33
Sesi penyampaian cenderahati...

34
Sesi penyampaian cenderahati...

35
Sesi penyampaian cenderahati...

36
Sesi penyampaian cenderahati...

37
Sesi penyampaian cenderahati...

38
Sesi penyampaian cenderahati...

39
Sesi bergambar kenangan...



























PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS