Berita

MESYUARAT AGUNG PPRPD SERTA PELANTIKAN EXCO BAHARU PERINGKAT KONTINJEN BUKIT AMAN SESI 2018/2020

Kuala Lumpur, 22 Februari 2018 – Sebagai fungsi keprihatinan terhadap perkhidmatan dan kebajikan di kalangan Pegawai Pangkat Rendah (PRP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Bukit Aman, satu Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) sesi 2018/2020 telah diadakan di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Majlis perasmian mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan), ACP Che Zakaria Othman yang mewakili Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato' Zaini Jass.

Dalam ucapan perasmiannya, ACP Che Zakaria telah menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas sokongan serta taat setia yang telah ditunjukkan oleh semua PRP yang menjadi tulang belakang kepada pasukan PDRM. Disamping itu, beliau telah menyeru kepada para penyelia supaya memberikan lebih perhatian terhadap kebajikan serta mengekalkan keutuhan integriti para anggota PRP dan menjadi agen perubahan yang dapat memandu pasukan polis dengan jayanya.

Majlis diteruskan dengan sesi pencalonan dan pemilihan Pengerusi Persatuan serta barisan Exco PPRPD yang baharu bagi sesi 2018/2020 peringkat Kontinjen Bukit Aman. Antara muka baharu yang diangkat dalam pemilihan sebagai Pengerusi Persatuan adalah Sub Inspektor Megat Nizar Megat Uda Abdullah dan Sub Inspektor Ruziah Abdullah yang dilantik menjadi Setiausaha PPRPD.

Sehubungan dengan itu, beliau turut melahirkan harapan agar kepimpinan baharu yang dipilih kali ini dapat  meningkatkan kebajikan ahli dan membawa persatuan ke landasan yang sebenarnya selari dengan kehendak pucuk kepimpinan tertinggi PDRM.

Turut hadir majlis tersebut adalah Pegawai Turus Persatuan, DSP Khairul Azman Ro, Penolong Pegawai Turus Persatuan, Inspektor Nurul Hidayah Watimin, anggota PRP serta barisan Exco PPRPD.

0S4A7178
Sekitar bergambar kenangan barisan Exco PPRPD.

0S4A7097
Ucapan perasmian oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan), ACP Che Zakaria Othman.

0S4A7087
Ucapan oleh Pengerusi PPRPD sesi 2018/2022, Sub Inspektor Megat Nizar Megat Uda Abdullah.

0S4A7060
Bacaan doa.

0S4A7115
Nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat.

0S4A7102
Gimik perasmian Mesyuarat PPRPD.

0S4A7108
Sekitar penyampaian cenderahati kepada Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan), ACP Che Zakaria Othman.

0S4A7083
Barisan Exco PPDRPD yang hadir.

0S4A7009
Sekitar sesi pendaftaran.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS