Berita

KETUA POLIS NEGARA TERIMA TIGA KUNJUNGAN HORMAT

Kuala Lumpur, 27 Februari 2018 – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menerima tiga kunjungan hormat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi. 

Kunjungan hormat tersebut dimulakan dengan kehadiran daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd selaku Pengerusi Vehicle Theft Reduction Council (VTREC) bersama Pengerusi Persatuan Insurans AM Malaysia (PIAM), Encik Anthony Lee disusuli dengan kunjungan Pengerusi Eksekutif Commercial Circle (M) Sdn Bhd, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof. 

Sejurus itu, KPN sekali lagi menerima kunjungan hormat daripada Presiden Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia, Deputi Superintendan/SP Wong Chan Choy bersama wakil AJK Persatuan.

Hadir sama dalam ketiga-tiga kunjungan hormat tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Amar Singh Ishar Singh dan Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan  Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM, SAC Dato' Mazlan Kesah.

0S4A7640
Sekitar sesi kunjungan hormat..

0S4A7666
Sesi penyampaian cenderahati..

0S4A7677
Sekitar sesi kunjungan hormat..

0S4A7704
Sekitar sesi kunjungan hormat..

0S4A7715
Sesi penyampaian cenderahati...

0S4A7730
Sesi bergambar kenangan...

IMG_0559
Sekitar sesi kunjungan hormat.

IMG_0571
Sesi bergambar kenangan...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS