Berita

  • MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL: SEMAI SEMANGAT ‘ESPRIT DE CORPS’ PDRM DAN ATM

    Mar 31, 2018
    Kuala Lumpur, 31 Mac 2018 - Majlis Makan Malam Rejimental Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung di Wisma Perwira, dekat sini, malam tadi telah berjaya membuktikan semangat ‘esprit de corps’ tertinggi di antara dua pasukan keselamatan utama negara.
    Baca Lagi
  • HARI POLIS KE-211: SAMBUTAN PERAYAAN KEAGAMAAN SIKH

    Mar 31, 2018
    Kuala Lumpur, 31 Mac 2018 – Bersempena Peringatan Hari Polis ke – 211, hampir 100 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) berketurunan Sikh telah menyertai Sambutan Perayaan Keagamaan Kaum Sikh yang diadakan di rumah Gurdwara Sahib Polis, High Street, dekat sini, pagi tadi.
    Baca Lagi
  • KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT BEKAS KPPA

    Mar 30, 2018
    Kuala Lumpur, 30 Mac 2018 – Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Ismail Adam telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.
    Baca Lagi
  • PDRM OPTIMIS DUKUNG USAHA KERAJAAN MARTABATKAN WANITA

    Mar 29, 2018
    Kuala Lumpur, 29 Mac 2018 – Dalam pada itu, majlis pada hari ini turut diisikan dengan upacara penyampaian sijil penghargaan dan cek sumbangan kerajaan kepada Pengerusi PERKEP Pusat, Jabatan, Kontinjen, Formasi serta kepada waris-waris pejuang tragedi berdarah Bukit Kepong dan Lahad Datu. Kedua-dua upacara pengiktirafan atas sumbangan dan bakti yang dicurahkan ini disampaikan oleh Datin Seri Hamidah Khamis.
    Baca Lagi
  • SINDIKET TIPU PENCEN ILAT PERKESO

    Mar 29, 2018
    Kuala Lumpur, 29 Mac 2018 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket penipuan tuntutan Pencen Ilat atau pampasan kepada pekerja yang mengidap keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak mempunyai kaitan dengan pekerjaan mereka daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan empat syarikat insurans baru-baru ini.
    Baca Lagi
  • BENGKEL JAHITAN ASAH BAKAT SENI KREATIF WARGA PDRM

    Mar 28, 2018
    Kuala Lumpur, 28 Mac 2018 - Seramai 150 ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) termasuk suri rumah kepada pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadiri Bengkel Jahitan Seni Kreatif yang diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, dekat sini.
    Baca Lagi
  • KPN TERIMA DUA KUNJUNGAN HORMAT BADAN SWASTA

    Mar 27, 2018
    Kuala Lumpur, 27 Mac 2018 – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi dua badan swasta di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi.
    Baca Lagi
  • 44 WARGA PDRM TERIMA APC PAMER KHIDMAT KERJA BERKUALITI

    Mar 27, 2018
    Kuala Lumpur, 27 Mac 2018 – Seramai 44 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di bawah naungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2017 telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
    Baca Lagi
  • ORANG DIKHENDAKI: ANDA PERNAH LIHAT NUR JAMAL? HUBUNGI PIHAK POLIS SEGERA

    Mar 26, 2018
    Kuala Lumpur, 26 Mac 2018 - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang warganegara Nepal di sebuah asrama pekerja di Jalan Barat, Petaling Jaya dekat sini.
    Baca Lagi
  • KEMPEN EARTH HOUR: PDRM BERTERUSAN TUNJUK SOKONGAN 'SELAMATKAN' BUMI

    Mar 24, 2018
    Kuala Lumpur, 24 Mac 2018 - Buat kesekian tahunnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi menyahut dan memberi sokongan penuh kepada Kempen 'Earth Hour' yang diadakan di seluruh dunia bagi memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara bumi dari pemanasan global yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah kaca secara tidak terkawal.
    Baca Lagi
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS