Berita

BENGKEL JAHITAN ASAH BAKAT SENI KREATIF WARGA PDRM


Kuala Lumpur, 28 Mac 2018 - Seramai 150 ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) termasuk suri rumah kepada pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadiri Bengkel Jahitan Seni Kreatif yang diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, dekat sini.

Bengkel anjuran PERKEP Malaysia yang bertujuan untuk mengasah bakat kreativiti peserta dalam bidang jahitan disamping menggalakkan suri rumah mengisi masa lapang dengan menjadikan bidang jahitan sebagai salah satu sumber pendapatan harian.

Majlis penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Dato’ Hajah Fatimah Abd Hamid di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, PULAPOL Kuala Lumpur, petang tadi.

Berucap di hadapan para peserta kursus, beliau berharap agar bengkel seumpama ini dapat menjadi satu platform yang efektif bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli PERKEP tentang teknik-teknik jahitan seni kreatif agar persatuan cemerlang dan gemilang setaraf dengan persatuan-persatuan lain yang ada dalam PDRM.

"PERKEP Malaysia telah berjaya menyediakan platform terbaik serta menyuntik semangat kepada para ahlinya dalam mentransformasikan diri serta mewujudkan penglibatan wanita dalam segenap aspek pembangunan sosial dan negara sejajar dengan hasrat Kerajaan yang mengangkat tahun 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita (TMW2018),” ujar beliau.

Dalam majlis tersebut juga, Pemangku Pengerusi Perkep Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor telah menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik keseluruhan yang disandang oleh Asisten Superintenden Noor Azreen Hasni dari Bahgian E6 Cawangan Khas Bukit Aman, diikuti tempat kedua oleh Inspektor Siti Zainab Awani Abd Razak juga dari bahagian yang sama dan tempat ketiga disandang oleh Sub Inspektor Jahariah Haji Ahmad dari Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Manakala Sijil Penyertaan kepada setiap wakil jabatan dan kontinjen yang mengambil bahagian pula telah disampaikan oleh Dato' Hajah Fatimah di akhir majlis.

Hadir sama dalam majlis penutupan tadi, Pemangku Pengerusi Perkep Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor, Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur, Puan Siti Nor Sharena Abdullah dan barisan Pengerusi PERKEP jabatan PDRM.

29663191_1867974976546134_2987942108189924539_o
Ucapan Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Dato’ Hajah Fatimah Abd Hamid.

29662432_1867964563213842_5619184784019612807_o
Sekitar bacaan doa memberkati majlis.

29744417_1867968599880105_8415676255841329328_o
Sekitar Majlis Penutup Bengkel Jahitan Seni Kreatif anjuran PERKEP Malaysia di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

29064532_1867968603213438_112926765449382192_o
Sekitar Majlis Penutup Bengkel Jahitan Seni Kreatif anjuran PERKEP Malaysia di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

29064132_1867975419879423_6479004889240206842_o
Penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta oleh Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Dato’ Hajah Fatimah Abd Hamid.

29541502_1867998093210489_8338770468924533286_n
Pemangku Pengerusi Perkep Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Dato’ Hajah Fatimah Abd Hamid.

29542675_1867969543213344_7890750242286476680_nBergambar kenangan Majlis Penutup Bengkel Jahitan Seni Kreatif anjuran PERKEP Malaysia di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

 



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS