Berita

PEKERJA KILANG MILIKI VIDEO, GAMBAR LUCAH DIDENDA RM7,000

Ipoh, 30 Mac 2018 - Padah memiliki video dan gambar lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit, seorang pekerja kilang minyak masak dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, K. K. Ravi, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, K. Ravi didakwa memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit miliknya di sebuah hotel di Taman Jubilee di sini pada Disember 2016.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras manakala tertuduh diwakili peguam bela, Chiang Mei Wan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Irna Julieza memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh memandangkan ia merupakan satu kesalahan yang menjijikkan.

Terdahulu, dalam rayuan kepada anak guamnya, Mei Wan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda yang ringan kerana tertuduh masih menjaga kedua-dua ibu bapanya.

Siti Hafiza menjatuhkan hukuman denda RM7,000 terhadap tertuduh. Jika gagal membayar, dia akan dikenakan hukuman penjara selama setahun. - K! ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS