Berita

PRU KE-14: WARGA PDRM TUNAI SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH KONTINJEN

Kuala Lumpur, 25 April 2018 – Bersempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang bakal menjelang, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui kontinjen dan formasi di seluruh negara telah mengadakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat secara serentak, sebentar tadi.

Majlis yang dianjurkan itu adalah sebagai salah satu santapan rohani warga PDRM untuk sentiasa bersedia memikul amanah dan tugas di lapangan masing-masing ketika PRU ke-14 nanti.

Majlis di Masjid Bukit Aman tadi dipimpin oleh Pegawai Turus Kesejahteraan Organisasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud dan dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Asri Yusoff, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Timbalan Pengarah PDRM, Ketua Jabatan dan warga PDRM Bukit Aman.

01
Sekitar solat hajat bersempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang diketuai oleh ACP Haji Ghazali Haji Daud.

02
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun turut hadir ke Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bersempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

04
Sekitar Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bersempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

03
Sekitar Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bersempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS