Berita

SIDANG MEDIA KHAS KPN: POLIS KENAL PASTI SALAH SEORANG SUSPEK, ORANG RAMAI DIMINTA SALUR MAKLUMAT

 

Kuala Lumpur, 25 April 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti salah seorang suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan warga Palestin, Dr. Fadi M R Albatsh Fatma di ibu negara, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek tersebut walau bagaimanapun telah menggunakan identiti palsu dan pihak polis percaya mereka masih berada di dalam negara ini.

"Orang ramai yang pernah melihat atau mempunyai maklumat berhubung suspek berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan polis.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Isa di talian 019-6992261 atau Pegawai Penyiasat Jenayah, ASP Shahrizal Salleh di talian 017-7134705," ujar beliau.

Tan Sri Mohamad Fuzi turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih berkaitan kes sehingga boleh mengganggu siasatan.

Hadir sama dalam sidang media khas tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim.

30419907_1897551186921846_8717780610782798147_o
Sekitar sidang media pada hari ini.

30420854_1897551160255182_1990543131886946480_o
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim menunjukkan gambar suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan warga Palestin, Dr. Fadi M R Albatsh Fatma di ibu negara, baru-baru ini.

31239328_1897551146921850_7748521309692531344_n
Wajah suspek yang sedang dikesan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS