Berita

LAWATAN KERJA SULUNG MDN KE BUKIT AMAN


Kuala Lumpur, 4 Jun 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menyambut ketibaan Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin yang hadir membuat lawatan kerja pertama beliau ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

 Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama timbalannya, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

 Lawatan kerja ini adalah sebagai platform perbincangan bersama pegawai-pegawai kanan PDRM mengenai isu-isu semasa dalam memperkasakan lagi pasukan selain memperkenalkan barisan pucuk kepimpinanan PDRM.

 Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Alwi Haji Ibrahim, barisan pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri serta rakan-rakan media

Bergambar kenangan.
Bergambar kenangan.

Sekitar pemeriksaan baris oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.
Sekitar pemeriksaan baris oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin menandatangani buku pelawat.
Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin menandatangani buku pelawat.

Sekitar Lawatan Rasmi Menteri Dalam Negeri ke Bukit Aman.
Sekitar Lawatan Rasmi Menteri Dalam Negeri ke Bukit Aman.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS