Berita

A KNIGHT OF THE HIGHEST HIGH: PDRM RAI DATO’ SRI ABDUL GHAFAR

Seri Kembangan, 23 Julai 2018 – Sebagai penghargaan kepada Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab yang bersara hari ini, satu Majlis Malam Mes ‘Dining Out’ bertemakan ‘A Knight of the Highest High’ telah diadakan di Royal Ballroom, Hotel Palace Of The Golden Horses (POGH), di sini, malam tadi.

Majlis anjuran Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman ini dihadiri seramai 500 orang pegawai kanan dan pasangan dari seluruh kontinjen.

Dato’ Seri Abdul Ghafar dalam ucapannya, menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada semua yang hadir untuk meraikan persaraan beliau dengan penuh tradisi.

"Saya telah selesai menjalankan tanggungjawab dan melepaskan amanah yang dipikul sebagai seorang penjawat awam selama 39 tahun, tiga bulan dan tujuh hari yang mana bukanlah suatu bebanan, tetapi menjadi cabaran," ujarnya.

Majlis pada hari ini turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Kombo, Ghazal, Badan Seni Budaya serta wakil-wakil daripada Jabatan Pengurusan PDRM.

Hadir sama dalam majlis ini adalah Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis, Dato’ Zaini Jass, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Dato’ Roze Shaari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Dato’ Zainal Abu serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

0S5A5116 copy
Sekitar ketibaan Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab dan isteri Datin Sri Noorfajariah Abdul Rahman.

0S5A5179 copy
Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab dan isteri Datin Sri Noorfajariah Abdul Rahman bergambar kenangan.

0S5A5162 copy
Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab bergambar kenangan bersama keluarga.

0S5A5428 copy
Sekitar majlis berlangsung.0S5A5315 copy
Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab menerima cenderahati daripada Dato’ Narenasagaran Thangaveloo.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS