Berita

KETUA POLIS NEGARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA ATM

Kuala Lumpur, 26 Julai 2018 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun telah menerima kedatangan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin dalam satu sesi kunjungan hormat yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, sebentar tadi.

Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli telah menerima tabik hormat daripada detachment Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Istiadat Kawalan Kehormatan sebelum membuat pemeriksaan baris dengan diiringi oleh pegawai baris.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Bukit Aman sejak dilantik sebagai PAT ke-20 pada 20 Jun lalu bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang telah bersara wajib.

Antara agenda pertemuan tersebut adalah bagi kedua-dua pemimpin dua agensi keselamatan utama negara mengenali dan memahami visi dan misi pasukan dengan lebih lanjut selain berbincang isu-isu keselamatan semasa dari pelbagai perspektif demi ketenteraman awam dan kedaulatan tanah air.

Kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Pengarah PDRM dan pegawai-pegawai kanan PDRM dan ATM.

IMG_0012
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin menandatangani buku pelawat.

0S5A6107
Bergambar kenangan.

0S5A6048
Ketibaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

0S5A6069
Sekitar Pemeriksaan baris oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin.

0S5A6113
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bergambar kenangan bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS