Berita

SUHAKAM-PDRM WUJUDKAN SEMINAR KHAS BINCANG ISU HAK ASASI MANUSIA

Cheras, 2 Ogos 2018 – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Seminar Hak Asasi Manusia dan Kepolisan bertempat di Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Seminar yang bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia secara telus itu dihadiri oleh pucuk pimpinan PDRM iaitu Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun bersama timbalannya, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim dan barisan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander serta Komander pasukan.

Agenda program pada hari ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail yang bertajuk ‘SUHAKAM, PDRM dan Hak Asasi Manusia’ diikuti dengan ucaptama daripada Tan Sri Mohamad Fuzi sendiri yang bertajuk ‘PDRM Mendepani Cabaran Dalam Kepolisan Moden’.

Seramai empat ahli panel yang tidak asing lagi dalam topik perundangan negara dijemput khas untuk berkongsi maklumat dalam seminar pada kali ini dengan dikendalikan oleh moderator seminar merangkap Naib Pengerusi SUHAKAM, Profesor Dato’ Dr. Aishah Bidin. Mereka adalah Profesor Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ahli Suruhanjaya SUHAKAM, Dato' Mah Weng Kwai dari SUHAKAM dan Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, ACP S. Shanmugamoothy Chinniah.

Profesor Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz telah mendahului sesi perbincangan panel dengan pembentangan yang bertajuk ‘Standard dan Amalan Hak Asasi Manusia Dalam Penguatkuasaan Undang-undang’ disusuli pembentangan bertajuk ‘Pemerhatian dan Syor-syor SUHAKAM Berkaitan Hak Asasi Manusia Untuk PDRM’, disampaikan oleh Dato’ Mah Weng Kwai. Manakala sesi ketiga perbincangan pula telah disampaikan oleh ACP S. Shanmugamoothy dengan tajuk beliau 'Hak Asasi Manusia Dalam Konteks Kepolisan Di Malaysia' sebelum para peserta diberi peluang melontarkan idea serta pandangan menerusi sesi soal jawab bersama ahli panel di akhir majlis.

Program pagi tadi diakhiri dengan ucapan penutup oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud yang mewakili Ketua Setiausaha KDN, Dato' Seri Alwi Haji Ibrahim.

0S5A7416
Sesi soal jawab dan maklum balas peserta: Timbalan Ketua Polis Negara turut mengambil kesempatan mengajukan persoalan kepada panel-panel yang terlibat.

0R9A6328
Sesi bergambar kenangan.

0R9A6344
Lagu 'Negaraku' dan 'Sang Saka Biru'.

0R9A6428
Ucapan pembukaan oleh Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail yang bertajuk ‘SUHAKAM, PDRM dan Hak Asasi Manusia’.

0S5A7364
Ucaptama daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bertajuk ‘PDRM Mendepani Cabaran Dalam Kepolisan Moden’.

0R9A6397
sekitar seminar berlangsung.

0R9A6390
sekitar seminar berlangsung.

0R9A6442
Pentas utama: panel-panel bersama moderator pada hari ini.

0R9A6456
Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendahului sesi perbincangan panel dengan pembentangan yang bertajuk ‘Standard dan Amalan Hak Asasi Manusia Dalam Penguatkuasaan Undang-undang’.

0R9A6460
Pembentangan yang bertajuk ‘Pemerhatian dan Syor-syor SUHAKAM Berkaitan Hak Asasi Manusia Untuk PDRM’ yang disampaikan oleh Dato’ Mah Weng Kwai bagi mewakili SUHAKAM.

0R9A6465
Wakil daripada PDRM yang juga Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, ACP S. Shanmugamoothy Chinniah pula mengakhiri sesi perbincangan panel pada hari ini dengan pembentangan bertajuk ‘Hak Asasi Manusia Dalam Konteks Kepolisan Di Malaysia'.

0R9A6468
Sekitar seminar berlangsung..

0R9A6493
ucapan penutup oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud yang mewakili Ketua Setiausaha KDN, Dato' Seri Alwi Haji Ibrahim.

0R9A6435
Sesi penyampaian cenderahati.

0R9A6494
Sesi penyampaian cenderahati.

0R9A6497
Sesi penyampaian cenderahati.

0S5A7466
Sesi penyampaian cenderahati.

0S5A7479
Sesi penyampaian cenderahati.

0S5A7489
Sesi penyampaian cenderahati.

0R9A6483 - Copy
Sesi penyampaian cenderahati.












PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS