Berita

PDRM SAHUT SARANAN KERAJAAN KUASAI BAHASA INGGERIS

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2018 – Sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengkehendaki semua pegawai tertinggi kerajaan perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil satu langkah ke hadapan dengan mengadakan Kursus Bahasa Inggeris ‘Professional Communication Course’ Tahun 2018 kepada Ketua Polis Daerah di Maktab PDRM, Cheras, disini, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan perasmiannya berkata, PDRM sentiasa bersedia menerima cabaran dalam membentuk pegawai kanan polis mahir berkomunikasi dalam bahasa inggeris sekaligus dapat mewujudkan sebuah organisasi bertaraf antarabangsa.

“Kursus seumpama ini diadakan bagi meningkatkan tahap profesionalisme pegawai kanan polis ketika berkomunikasi dengan masyarakat serta meningkatkan imej pasukan di mata masyarakat kelak,” tambah beliau.

Kursus Bahasa Inggeris jangka pendek selama lima hari ini yang bermula pada 13 Ogos dan berakhir pada 17 Ogos 2018 lalu telah disertai seramai 30 Ketua Polis Daerah dari seluruh negara.

Kursus berbentuk komunikasi dua hala ini menjadi platform terbaik bagi menambah ilmu, meningkatkan kemahiran dan memperbaiki kebolehan dan kemampuan berbahasa Inggeris dalam menaikkan reputasi dan prestasi pasukan PDRM.

Turut hadir dalam majlis pada hari ini, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Narenasagaran Thangaveloo, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, SAC Noor Mushar Haji Mohd, barisan pengarah dan pegawai kanan PDRM.

11.2
Ucapan Perasmian Kursus Bahasa Inggeris 'Professional Communication Course' Tahun 2018 oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

6.1
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun menandatangani buku pelawat.

15
Sekitar Perasmian Kursus Bahasa Inggeris ‘Professional Communication Course’ Tahun 2018.

12
Sekitar Perasmian Kursus Bahasa Inggeris ‘Professional Communication Course’ Tahun 2018.

6
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS