Berita

SAC MOHD YUSOFF TERAJUI KEPIMPINAN PPM YANG BAHARU

SAC MOHD YUSOFF TERAJUI KEPIMPINAN PPM YANG BAHARU

Klang, 19 September 2018 – SAC Mohd Yusoff Mamat meneruskan legasi kepimpinan Pasukan Polis Marin (PPM) yang baharu menggantikan Pemangku Komander PPM, ACP Azmi Ibrahim dalam majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dewan Komuniti , Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, disini, pagi tadi.

SAC Mohd Yusoff yang berpengalaman luas selama 23 tahun dalam PPM menyatakan pembangunan modal insan dan gerak kerja yang proaktif merupakan prospektif penting selain daripada semangat ‘esprit de corps’ dalam menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi.

“Penggunaan aset-aset moden dan canggih serta pembangunan markas-markas operasi /taktikal PPM antara aspek yang akan dititik beratkan dalam memastikan penugasan berjalan lancar seiring dengan Pelan Strategik PPM 2015-2020,” ujar beliau lagi.

Pada masa sama turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PPM di antara Puan Amizan Shaari dengan Puan Hajah Hasnizan Hasan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Pasukan Gerakan Udara (PGU), Datin Pauline Arthur.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), DCP Dato’ Azizan Abd Aziz, Komander-Komander Wilayah PPM, Timbalan-Timbalan Komander PPM, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Ahli-Ahli PERKEP dan rakan-rakan media.

0R9A2768 copy
Bergambar kenangan.

0R9A2521
0R9A2522
0R9A2518
0R9A2541

Sesi Serah Terima Tugas Komander PPM diantara ACP Azmi Ibrahim kepada SAC Mohd Yusoff Mamat dan disaksikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), DCP Dato’ Azizan Abd Aziz.

0R9A2549 copy
0R9A2550
0R9A2554
0R9A2558
Sesi  Serah Terima Tugas PERKEP PPM di antara Puan Amizan Shaari dengan Puan Hajah Hasnizan Hasan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Pasukan Gerakan Udara (PGU), Datin Pauline Arthur.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS