Berita

FORUM PERDANA UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN: KESELAMATAN VS HAK ASASI

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2018 - Para pelajar Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) sesi 2017/2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Forum Perdana Undang-Undang Pencegahan: Keselamatan Vs Hak Asasi yang berlangsung di Maktab PDRM Kuala Lumpur, dekat sini, petang tadi.

Program yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai undang-undang pencegahan dari perspektif keselamatan negara dan hak asasi manusia ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

"PDRM perlu menganjurkan lebih banyak program ilmu seperti ini di masa hadapan untuk pencambahan minda dan memperkukuhkan lagi institusi penguatkuasaan negara," ujar Tan Sri Noor Rashid ketika ucapan perasmian majlis.

Antara initipati program adalah sesi soal jawab oleh para peserta dengan ahli panel mengenai isu yang dibincangkan dan kaedah untuk memperhalusinya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan

Seramai 500 peserta hadir yang terdiri daripada Pegawai Kanan PDRM termasuk pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo, pegawai kanan dan rakan media.

0S5A5273
Sekitar Forum Perdana Undang-Undang Pencegahan: Keselamatan Vs Hak Asasi berlangsung.

0R9A3959
Sekitar nyanyian lagu kebangsaan Negaraku.

0S5A5239
Antara ahli panel jemputan Forum Perdana Undang-Undang Pencegahan: Keselamatan Vs Hak Asasi, Profesor Madya Dr. Azmi Sharom.

0S5A5250
Sekitar sesi soal jawab berlangsung.

0S5A5257
Sekitar sesi soal jawab berlangsung.

0R9A4085
Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS