Berita

PDRM SELAMATKAN IBU, DUA ANAK DARI PENGARUH DAESH

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas berjaya membawa pulang seorang wanita bersama dua anaknya dari Syria selepas suaminya terkorban ketika berjuang bersama Daesh pada Februari lalu.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menerusi satu sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, kejayaan ini bermula selepas keluarga wanita tersebut tampil meminta bantuan Bukit Aman bagi menyelamatkan anak dan cucu mereka yang terperangkap di Idlib, Syria.

“Renteran daripada permohonan itu, PDRM bersama beberapa agensi lain seperti Kerajaan Turki dan Kementerian Luar telah berkerjasama untuk membawa balik keluarga ini.

“PDRM akan mengaturkan proses pemulihan kepada wanita ini bersama dua orang anaknya dengan bantuan pegawai profesional Bahagian Anti Pengganas Bukit Aman dan pegawai agama PDRM,” jelas beliau lagi.

Tan Sri Mohamad Fuzi sekali lagi mengingatkan kepada semua masyarakat Malaysia agar tidak terlalu taksub dengan menggunakan tiket ‘mati syahid’ sebagai alasan menyertai aktiviti keganasan yang mana telah terpesong daripada ajaran agama Islam.

Tambahnya lagi, mana-mana pihak yang ingin menyalurkan aduan atau memohon pertolongan mengenai ahli keluarga yang sedang berada di negara-negara bergolak seperti Syria boleh hubungi talian khas PDRM di 03-2266333 atau 032266344.

Sidang media pada sebentar tadi turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah 1 Cawangan Khas PDRM, CP Dato' Haji Mohd Haniff Haji Hanuddin, Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism Pasukan Petugas Khas E8, DCP Dato' Ayob Khan Mydin Pichay, pegawai-pegawai dan anggota PDRM serta wakil-wakil media.

_MG_0524
Sekitar sidang media khas Ketua Polis Negara di Bukit Aman sebentar tadi.

0R9A5022
Sekitar sidang media khas Ketua Polis Negara di Bukit Aman sebentar tadi.

_MG_0552
Sekitar sidang media khas Ketua Polis Negara di Bukit Aman sebentar tadi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS