Berita

FUN RIDE DSSK-FSSK 2018 DEKATKAN PDRM DENGAN WARGA UKM

Kajang, 24 November 2018 – Program Jom Kayuh Fun Ride anjuran bersama pelajar Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) dan Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diadakan di kampus UKM pagi tadi menjadi penghubung bagi mengeratkan lagi kerjasama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat setempat khususnya warga universiti.

Selain dapat melengkapkan keperluan subjek pelajar yang mengikuti kursus tersebut, program seumpama ini turut dilihat sebagai platform terbaik dalam usaha menyampaikan fungsi dan peranan PDRM terhadap warga universiti dan masyarakat.

Terdahulu, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo telah menyempurnakan sesi pelepasan 235 peserta kayuhan berbasikal 10 kilometer (km) terdiri daripada pelajar DSSK, FSSK dan pelajar-pelajar dari UKM.

Antara tarikan lain yang dibawa oleh PDRM dalam program ini adalah demonstrasi ketangkasan Unit Anjing Pengesan K9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), persembahan Tarian Lagenda Perang Senoi Praaq dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Bidor, Perak, tawaran diskaun saman trafik sehingga 50% dan booth pameran daripada pelbagai jabatan PDRM yang berkaitan dengan aspek pencegahan jenayah, kerjaya serta organisasi PDRM.

Turut hadir pada hari ini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Profesor Madya Dr. Roslee Rajikan, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik/Inspektorat) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), SAC Dato’ Rosli Mohd Noor, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Dato’ Shafie Ismail, Pegawai-pegawai kanan dan Pegawai-pegawai rendah PDRM.

0S4A0832
Flag off peserta kayuhan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Profesor Madya Dr. Roslee Rajikan.

0S4A0862
Sekitar program Jom Kayuh Fun Ride berlangsung.

0S5A0517
Sekitar program Jom Kayuh Fun Ride berlangsung.

0S5A0482
Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo semasa Jom Kayuh Fun Ride berlangsung.

0S5A0831
Bergambar kenangan.
 
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS