Berita

FORUM JENAYAH: BERSAMA TANGANI KES PENDERAAN KANAK-KANAK

Cheras, 10 Januari 2019 - Kes penderaan kanak-kanak di Malaysia seperti tiada kesudahannya dan saban hari masyarakat dikejutkan dengan pelbagai berita memilukan apabila ada sesetengah individu dewasa yang sanggup bertindak di luar batasan kemanusiaan terhadap anak kecil malah zuriat mereka sendiri.

Walaupun telah pelbagai usaha dan pendekatan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menanganinya, namun penyelesaiannya sehingga kini masih belum ditemukan.

Atas faktor inilah, satu forum jenayah bertajuk Kes Penderaan Kanak-kanak Semakin Meningkat: Adakah Undang-undang Kurang Berkesan? anjuran Mahasiswa Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sesi 2018/2020 telah diadakan di Maktab PDRM Kuala Lumpur, petang tadi. 

Forum yang menampilkan Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Profesor Dato' Noor Aziah awal sebagai moderator itu turut mengetengahkan dua ahli panel yang berpengalaman luas dalam isu melibatkan kanak-kanak iaitu Pakar Perunding Kanan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Irene Cheah Guat Sim dan Hakim Mahkamah Seksyen Klang, Selangor, Datin Kunasundary Marimuthu.  

Antara fokus perbincangan forum tadi adalah untuk menitik beratkan peranan pihak berkuasa dan memupuk kesedaran masyarakat sekeliling tentang betapa pentingnya membendung kes dera melibatkan kanak-kanak yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Hannah Yeoh telah berbesar hati merasmikan forum ini dengan turut dihadiri lebih 500 peserta dari kalangan warga PDRM, UKM dan badan bukan kerajaan (NGO).

Hadir sama menyerikan forum tadi adalah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman, barisan Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Yong Lei Choo.

0S5A7214 copy
Sekitar forum bertajuk Kes Penderaan Kanak-kanak Semakin Meningkat: Adakah Undang-undang Kurang Berkesan?

_MG_3752
Bergambar kenangan.

_MG_3710
Ucapan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Hannah Yeoh.

0S5A7363
Sesi sidang media.

0S5A7383
Sesi sidang media.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS