Berita

BERJAYA TIMES SQUARE PILIHAN RONDA CEGAH JENAYAH EDISI KE-5


Kuala Lumpur, 24 Januari 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah mengadakan Ronda Cegah Jenayah Edisi Ke-5 bertempat di Berjaya Times Square, di sini, petang tadi.

Program yang melibatkan pelatih Kadet Inspektor Siri 2/2018 dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur ini bertujuan mewujudkan perasaan rasa selamat masyarakat bertepatan dengan dasar pasukan untuk memastikan keselamatan penduduk setempat berada pada tahap terbaik.  

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapanya berkata, PDRM merangka pelbagai langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pengunjung ke pusat beli belah ini sentiasa berada di tahap yang memuaskan.

Antara program tersebut adalah rondaan secara berkala oleh Unit Kereta Peronda (MPV) dan rondaan berjalan (BIT) yang dilaksanakan setiap hari oleh anggota bertugas.

Tambah beliau, berdasarkan statistik indeks jenayah tahun 2018, kadar jenayah di Berjaya Times Square telah menurun kepada 57 kes berbanding 85 kes pada tahun sebelumnya iaitu menunjukkan penurunan, sebanyak 28 kes atau 32.9 peratus.

Tan Sri Mohamad Fuzi yang diiringi Pengarah JPJKK, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, turut berkesempatan mengadakan “walkabout" bagi mendengar sendiri maklum balas orang ramai mengenai isu keselamatan di kawasan tersebut.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim, Pengarah Eksekutif Berjaya Times Square, Koh Huey Min, Penolong Pesuruhjaya Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nasarudin Daharun dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

0S5A9475
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.

0S5A9474
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.

0S5A9466
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.

0S5A9458
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.

0S5A9452
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.

0S5A9448
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.

0S5A9345
Ucapan Ketua Polis Negara.

0S5A9331
Persembahan seni mempertahankan diri oleh Pelatih PULAPOL Kuala Lumpur.

0S5A9281
Persembahan seni mempertahankan diri oleh Pelatih PULAPOL Kuala Lumpur.

0S5A9246
Persembahan seni mempertahankan diri oleh Pelatih PULAPOL Kuala Lumpur.

0S5A9237
Persembahan seni mempertahankan diri oleh Pelatih PULAPOL Kuala Lumpur.

0S5A9377
Sekitar gimik pelancaran Program Ronda Cegah Jenayah Edisi ke-5 yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS