Berita

MyPS - BANTU PERTINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN DAN INTEGRITI WARGA


Kuala Lumpur, 28 Januari 2019 – Dalam usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan integriti di kalangan warganya, Program Klinik My Psikologi Spiritual (MyPS) anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah diadakan di Ruang Legar Lobi Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Program yang merupakan satu daripada manifestasi Pelan Strategik Lima Tahun dan Pelan Intergriti PDRM 2016-2020 itu telah dirasmikan oleh Pengarah JIPS, CP Dato’ Zamri Yahya. 

Ulas Dato’ Zamri, program seumpama ini diadakan adalah untuk meningkatkan integriti, kecekapan dan keberkesanan sekaligus meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh PDRM. 

Tambah beliau lagi, para pengunjung turut didedahkan tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam meningkat, mengukuh dan membudayakan integriti secara holistik di kalangan warga pasukan. Ia bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat kekal relevan, berkualiti, profesional serta berintegriti. 

“Pelbagai aktiviti telah disediakan sebagai platform kepada warga PDRM mendapatkan maklumat seperti pameran, ceramah psiko pendidikan, khidmat konsultasi, Klinik Kaunseling dan Klinik Cintai Al-Quran yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi dan Pegawai Hal Ehwal Islam dari JIPS,” ujarnya.

“Aktiviti-aktiviti seumpama ini mampu membendung masalah seperti tekanan kerja di kalangan warga pasukan sebelum ia menjadi 'barah' yang mungkin akan mempengaruhi kesejahteraan serta menjejaskan prestasi juga imej perkhidmatan PDRM itu sendiri,” tambahnya lagi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS, DCP Dato’ Hashim Ali, Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS, DCP Dato' Azri Ahmad, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS, DCP Dato' Hashim Abdul Jalil, Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS, SAC Shafien Haji Mamat dan warga PDRM Bukit Aman.

Image may contain: 20 people, people smiling
Pengarah JIPS, CP Dato’ Zamri Yahya bergambar kenangan.

Image may contain: 3 people
Sekitar lawatan Pengarah JIPS, CP Dato’ Zamri Yahya ke pameran Program Klinik My Psikologi Spiritual (MyPS).

Image may contain: 1 person
Ucapan oleh Pengarah JIPS, CP Dato’ Zamri Yahya.

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting and indoor
Sekitar lawatan Pengarah JIPS, CP Dato’ Zamri Yahya ke pameran Program Klinik My Psikologi Spiritual (MyPS).

Image may contain: 3 people, people smiling
Sekitar lawatan Pengarah JIPS, CP Dato’ Zamri Yahya ke pameran Program Klinik My Psikologi Spiritual (MyPS).
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS