Berita

10 PEGAWAI PDRM TERIMA ANUGERAH DARIPADA ROTARY CLUB KUALA LUMPUR DIRAJA


Kuala Lumpur, 30 Januari 2019 - Sebagai menghargai khidmat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 10 pegawai kanan dari seluruh kontinjen telah dipilih untuk menerima anugerah berprestij daripada Rotary Club Kuala Lumpur Diraja, tengah hari tadi.

Anugerah berprestij tersebut juga antara lain adalah untuk mengiktiraf perkhidmatan cemerlang mereka kepada negara dan masyarakat.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Zamri Yahya turut hadir mewakili pucuk pimpinan PDRM dalam majlis yang diadakan dekat Hote The Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato' Zamri telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rotary Club Kuala Lumpur Diraja di atas penganjuran majlis yang penuh bermakna buat warga PDRM itu disamping mengharapkan agar kolaborasi sedia ada dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

"Adalah menjadi satu kebanggan kepada PDRM untuk berkolaborasi bersama Rotary Club Kuala Lumpur DiRaja dan akan terus berganding bahu dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih selamat selain meningkatkan imej PDRM di mata masyarakat,” ujar beliau.

Terdahulu, Presiden Rotary Club Kuala Lumpur DiRaja, Datuk Seri Nelson Kwok Teng Toong JP, telah menyampaikan anugerah berprestij kelab tersebut kepada para penerima dari PDRM yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, SAC Dato’ Mohamad Anil Shah Abdullah.

Hadir sama, pegawai kanan polis dan ahli-ahli kelab Rotary Club Kuala Lumpur DiRaja.

26
​Sesi penyampaian cenderahati.

1.1
​Penerima anugerah berprestij daripada Rotary Club Kuala Lumpur Diraja bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Zamri Yahya.

1.2
​Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, SAC Dato’ Mohamad Anil Shah Abdullah mengetuai penerima anugerah berprestij daripada Rotary Club Kuala Lumpur Diraja.

19
​Sekitar penyampaian Anugerah Berprestij daripada Rotary Club Kuala Lumpur Diraja kepada para penerima.

21
​Sekitar penyampaian Anugerah Berprestij daripada Rotary Club Kuala Lumpur Diraja kepada para penerima.

17
​Sekitar penyampaian Anugerah Berprestij daripada Rotary Club Kuala Lumpur Diraja kepada para penerima.

25
​Ucapan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Zamri Yahya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS