Berita

DATO' SRI MOHMAD SALLEH BERSARA SELEPAS 35 TAHUN TABUR BAKTI KEPADA PASUKAN


Kuala Lumpur, 24 April 2019 – Setelah mencurahkan bakti selama 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), akhirnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, CP Dato' Sri Mohmad Salleh mengakhiri perkhidmatannya sebagai seorang Pegawai Kanan Polis.

Dato' Sri Mohmad yang merupakan anak jati Kuala Terengganu, Terengganu akan menjalani persaraan wajib pada esok, 25 April 2019, telah menyerahkan tugas kepada Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Dato' Kamarul Zaman Mamat yang akan memangku jawatan Pengarah JSJN dalam satu majlis khas di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menyingkap kembali sejarah beliau bersama pasukan, Dato' Sri Mohmad telah memulakan karier kepolisan pada 8 Januari 1984 sebagai Kadet ASP. Beliau juga merupakan seorang daripada 32 rakan skuad kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun yang telah berjaya menamatkan latihan asas kepolisan dan seterusnya menyarung seragam biru kebanggaan warga PDRM.

Sepanjang perkhidmatannya, Dato' Sri Mohmad telah diberi kepercayaan dan amanah untuk menyandang pelbagai jawatan penting dalam pasukan termasuk Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Selangor, Timbalan Ketua Polis Selangor, Pesuruhjaya Polis Sarawak dan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Seterusnya, telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN di antara penyandangnya, Datin Sri Salasiah Bidin dengan Datin Suriati Muhamad dan disaksikan oleh Tan Sri Mohamad Fuzi Harun serta suri kepada Pemangku Timbalan KPN merangkap Pemangku Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Norazrin Marzuki bersama lebih 700 jemputan yang hadir.

Turut diadakan upacara pemakaian lencana kepada 12 pegawai kanan yang dinaikkan pangkat baru-baru ini dan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 55 pegawai kanan dan pegawai rendah polis yang telah berkhidmat sewaktu era darurat serta insurgensi, suatu ketika dahulu.

Sebagai simbolik penghargaan seluruh warga pasukan yang menyanjung tinggi khidmat bakti Dato' Sri Mohmad selama ini, Majlis Paluan Berundur khas buat beliau diadakan di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur pada sebelah petangnya. 

Hadir sama dalam kedua-dua acara tadi ialah Pemangku Timbalan KPN, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, barisan pengarah, pesuruhjaya polis, ketua polis negeri, timbalan-timbalan pengarah, pegawai kanan polis, ahli-ahli PERKEP serta rakan media.

Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga daripada kami, warga PDRM buat Dato' Sri Mohmad dan isteri, Datin Sri Salasiah atas pengorbanan dan jasa sepanjang menerajui JSJN dan PERKEP JSJN.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, CP Dato' Sri Mohmad Salleh menyerahkan tongkat kuasa kepada Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Dato' Kamarul Zaman Mamat.

Image may contain: 1 person, playing a musical instrument and standing
Ucapan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Sri Mohmad Salleh.

Image may contain: 3 people, people standing
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Sri Mohmad Salleh menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 7 people, people smiling
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad.

Image may contain: 19 people, people smiling
Bergambar kenangan.

Image may contain: 3 people, text
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, CP Dato' Sri Mohmad Salleh menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Dato' Kamarul Zaman Mamat.

Image may contain: 1 person, smiling, text
Datin Sri Salasiah Bidin menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Datin Suriati Muhamad yang memangku jawatan Pengurusi PERKEP JSJN.

Image may contain: 6 people, people standing and text
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS