Berita

PDRM-KPM TERUSKAN KOLABORASI TANGANI MASALAH DISIPLIN, SALAH LAKU PELAJAR

Kuala Lumpur, 30 April 2019 - Selaras dengan kolaborasi berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani permasalahan disiplin serta salah laku di kalangan pelajar sekolah, satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemuafakatan PDRM-KPM Tahun 2019 telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini. 

PDRM melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dilantik menjadi tuan rumah bagi sesi mesyuarat pada tahun ini dengan dipengerusikan oleh Pengarah JPJKK, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman. 

Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai pendekatan lebih efektif dan berkesan dalam memberi kesedaran, pendedahan serta pendidikan kepada para pelajar sekolah selain kaedah pencegahan jenayah yang akan diteruskan melalui kerjasama kedua-dua agensi kerajaan tersebut.

Delegasi dari KPM telah diketuai oleh Timbalan Pengarah (Dasar) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Encik Mohd Fuzi Mohd Nor. 

Mesyuarat tersebut turut melibatkan kehadiran para pegawai kanan PDRM dan barisan pengarah Bahagian KPM serta Pendidikan Negeri.

8
Pengarah JPJKK, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman menyaksikan Timbalan Pengarah (Dasar) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Encik Mohd Fuzi Mohd Nor menandatangani buku pelawat.

9
Sesi bergambar kenangan di antara wakil utama KPM dan pimpinan tertinggi JPJKK PDRM.

13
Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemuafakatan PDRM-KPM Tahun 2019 berlangsung di Bilik Mesyuarat KDNKA, hari ini.

20
Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemuafakatan PDRM-KPM Tahun 2019 berlangsung di Bilik Mesyuarat KDNKA, hari ini.

15
Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemuafakatan PDRM-KPM Tahun 2019 berlangsung di Bilik Mesyuarat KDNKA, hari ini.

19
Mesyuarat pada hari ini dipengerusikan oleh Dato’ Sri Rosli Ab Rahman.

23
Sesi penyampaian cenderahati daripada Timbalan Pengarah (Dasar) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Encik Mohd Fuzi Mohd Nor yang mewakili KPM kepada Pengarah JPJKK, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman.

24
Sesi penyampaian cenderahati balas daripada PDRM kepada KPM.

26
Sesi bergambar kenangan.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS