Berita

GENERASI PELAPIS PDRM PERLU CONTOHI TAN SRI MOHAMAD FUZI - KPN


Serdang, 4 Mei 2019 - Generasi pelapis Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran untuk mencontohi keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun yang tidak mudah melatah dan sentiasa tenang ketika berhadapan dengan apa jua cabaran dan dugaan.

KPN baharu, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, sifat sabar dan tabah yang ada dalam diri Tan Sri Mohamad Fuzi semasa menerajui PDRM juga wajar dijadikan teladan.

“Seluruh warga Pasukan juga menyaksikan betapa tabahnya Tan Sri Mohamad Fuzi mengharungi perjalanan sebagai KPN tanpa insan tercinta di sisi. Namun, tidak sekalipun takdir Ilahi mematahkan semangat beliau untuk terus menggadar tanggungjawabnya terhadap Pasukan dan negara sehingga ke penghujung khidmatnya.

“Besarlah harapan kami, agar semangat kental yang dimiliki Tan Sri Mohamad Fuzi dapat kami warisi dalam menghadapi ranjau dalam perjuangan Pasukan ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Malam Mes ‘Dining Out’ KPN di Hotel Palace of The Golden Horses, malam tadi.

Majlis bertemakan ‘Charismatic Personality, Stellar Qualities’ itu merupakan acara terakhir PDRM buat insan yang telah banyak menabur jasa dan baktinya kepada Pasukan dan negara.

Terdahulu, suasana majlis yang berlangsung penuh meriah bertukar sayu apabila tayangan klip video khas bertajuk ‘Aku Orang Lambor’ dipertontonkan kepada Tan Sri Mohamad Fuzi dan jemputan yang hadir.

Persembahan video yang menceritakan pengalaman hidup Tan Sri Mohamad Fuzi dari zaman kanak-kanak sehingga menjadi individu nombor satu pasukan itu turut menampilkan ahli keluarga beliau yang dibawakan khas dari Kampung Lambor Kanan, Parit, Perak ke pentas utama dewan.

Turut berlangsung, upacara memotong kek hari jadi Tan Sri Mohamad Fuzi yang genap menginjak usia persaraan 60 tahun, tepat jam 12 malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Norazrin Marzuki, barisan Pengarah PDRM dan isteri, barisan Pesuruhjaya dan Ketua Polis Negeri serta Ketua Urus Setia KPN merangkap Naib Pengerusi Mes PDRM, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.

Image may contain: 1 person, beard
Sekitar persembahan video yang menceritakan pengalaman hidup bekas KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi dari zaman kanak-kanak sehingga menjadi individu nombor satu pasukan itu turut menampilkan ahli keluarga beliau yang dibawakan khas dari Kampung Lambor Kanan, Parit, Perak ke pentas utama dewan.

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing, wedding and indoor
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bergambar kenangan bersama ahli keluarga.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mewakili Mes Pegawai Kanan Bukit Aman menyampaikan cenderahati kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun berupa Pedang Seri Temenggong.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing and indoor
Upacara memotong kek hari jadi Tan Sri Mohamad Fuzi yang genap menginjak usia persaraan 60 tahun, tepat jam 12 malam tadi.

Image may contain: 4 people, people standing and text
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersalaman dengan tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis.

Image may contain: 3 people, people smiling
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersalaman dengan tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS