Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGERUSI EN PROJECTS (M) SDN BHD


Kuala Lumpur, 14 Mei 2019 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi EN Projects (M) Sdn Bhd, Laksamana (B) Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Haji Mohd Nor di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi. 

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk beramah mesra serta bertukar pendapat melalui pengalaman tugas masing-masing selain dapat menjalinkan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penganjur Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 itu.

Turut hadir, Timbalan Pengarah I Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), DCP Dato' Sahabudin Abd Manan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Ketua Perhubungan Antarabangsa, SAC Datuk Goh Boon Keng.

0S5A8059
Sesi bergambar kenangan.

0S5A8054
Pengerusi EN Projects (M) Sdn Bhd, Laksamana (B) Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Haji Mohd Nor menandatangani buku lawatan.

0S5A8043
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.

0S5A8038
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS