Berita

KETUA POLIS NEGARA SERAH JAWATAN TIMBALAN KEPADA DATO’ PAHLAWAN MAZLAN


Kuala Lumpur, 15 Mei 2019 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador secara rasmi menyerahkan tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kepada DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dalam Majlis Serah Terima Tugas yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, hari ini.

Penyerahan yang disaksikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Alwi Ibrahim itu dibuat bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Dato’ Seri Abdul Hamid, yang kini memegang tampuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Majlis pagi tadi dimulakan dengan upacara pemakaian pangkat kepada Dato’ Pahlawan Mazlan yang disempurnakan oleh Datuk Seri Alwi. 

Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan tongkat kuasa dan menandatangani pertukaran dokumen serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Komersil (JSJK) di antara Dato’ Pahlawan Mazlan dengan DCP Dato’ Saiful Azly Haji Kamaruddin sambil disaksikan oleh Dato’ Seri Abdul Hamid.

Turut diadakan, penyerahan tugas Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Norazrin Marzuki kepada Datin Farihah Mohd Zamri dengan disaksikan isteri KSU, Datin Seri Roba’ Aisyah Mohd Ghazali.

Majlis diteruskan dengan upacara serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP JSJK di antara Datin Farihah dengan Datin Shuhada Yahya dengan disaksikan oleh Datin Seri Norazrin.

Berucap dalam majlis penuh bersejarah itu, Dato’ Seri Abdul Hamid mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato’ Pahlawan Mazlan di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan KPN yang baharu.

Jelas beliau, pemilihan Dato’ Pahlawan Mazlan sebagai Timbalan KPN yang baharu adalah sangat tepat dengan mempertimbangkan kredibiliti dan kepimpinan yang dimiliki oleh beliau sepanjang berkhidmat di dalam PDRM.

“Pelantikan ini dibuat secara bijaksana setelah mempertimbangkan kredibiliti dan kepimpinan yang dimiliki Dato’ Pahlawan Mazlan yang pernah menyandang pelbagai jawatan penting dalam PDRM seperti Ketua Polis Negeri, Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan serta Ketua Polis Daerah yang melayakkan untuk menggendong tanggungjawab yang diamanahkan,” ujar beliau.

“Saya juga menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengukuhkan iltizam dan memahat nawaitu untuk terus bekerja dengan telus dan amanah,” katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tadi ialah barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Polis, Ketua-ketua Polis Negeri, para pegawai kanan, pegawai rendah polis, pegawai awam, ahli-ahli PERKEP dan rakan media.

Image may contain: 1 person
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis yang baharu.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Alwi Ibrahim sambil disaksikan Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Dato’ Abdul Rahim Jaafar.

Image may contain: 5 people, people standing
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama Timbalan Ketua Polis Negara DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 1 person, smiling, standing and outdoor
Ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Alwi Ibrahim.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, suit and indoor
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Alwi Ibrahim menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, suit and indoor
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Alwi Ibrahim sambil disaksikan Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, CP Dato’ Abdul Rahim Jaafar.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Image may contain: 6 people, people smiling, people standing