Berita

FOKUS TIGA PERKARA UNTUK KEKANG RASUAH SEHINGGA KE AKAR UMBI- KPN

FOKUS TIGA PERKARA UNTUK KEKANG RASUAH SEHINGGA KE AKAR UMBI- KPN

Kuala Lumpur, 20 Jun 2019 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador menekankan terhadap tiga fokus utama termasuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti dalam kalangan pegawai serta anggota polis, bagi mengekang rasuah sehingga ke akar umbi.

Menurut beliau, dua lagi fokus tersebut sebagaimana yang ditekankan dalam amanatnya kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 12 Jun lalu adalah mempertingkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan dan mendukung pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Saranan tersebut dibuatnya sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Induk PDRM yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini, bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Dato' Seri Abdul Hamid yang juga Pengerusi JAR PDRM menyandarkan sepenuhnya harapan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk memantau dan memastikan objektif pelaksanaan jawatankuasa tersebut berjalan lancar.

"Saya berharap agar JIPS dapat melaksanakan tugasnya sebaik mungkin tanpa kegusaran dan keraguan untuk berfungsi sebagai sebuah jabatan yang akan memastikan kelestarian integriti pasukan melalui kaedah 'semak dan timbang', seiring pendekatan 'Integrity must come first'," tegas beliau.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam tadi antara lainnya bertujuan untuk memastikan pengurusan pentadbiran yang bebas rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui inisiatif yang telah diwujudkan oleh pihak kerajaan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi JAR PDRM, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah JIPS selaku Setiausaha dan Penganjur Mesyuarat JAR Induk PDRM, CP Dato’ Zamri bin Yahya, barisan Pengarah PDRM, para Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri serta para pegawai kanan PDRM.


Bergambar kenangan sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Induk Polis Diraja Malaysia Bil.1 Tahun 2019 berlangsung.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Image may contain: 8 people, people sitting, table and indoor
Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan ucaptama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Induk Polis Diraja Malaysia Bil.1 Tahun 2019

Image may contain: 3 people, people sitting, screen, office, table and indoor
Image may contain: 6 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 5 people, people sitting, screen, table, office and indoor
Image may contain: 5 people, people sitting
Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 5 people, people sitting and indoor
Image may contain: 4 people, indoor
Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 6 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor
Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Induk Polis Diraja Malaysia Bil.1 Tahun 2019 berlangsung.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS