Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA REPUBLIK MALDIVES DAN KP KASTAM MALAYSIA


Kuala Lumpur, 23 Julai 2019 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Republik Maldives ke Malaysia, H.E. Visam Ali dan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Seri Paddy Abd Halim di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Perjumpaan dengan H.E Visam itu diadakan bagi membincangkan isu-isu keselamatan selain mengeratkan hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Sejurus selesai, Dato’ Seri Abdul Hamid kemudiannya menerima rombongan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Seri Paddy.

Pertemuan lebih sejam itu pula antara lainnya membincangkan kerjasama untuk membanteras kegiatan penyeludupan rokok haram, minuman keras dan dadah di perairan negara.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Dato' Rosly Abas, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob dan Komander Pasukan Polis Marin, SAC Haji Mohd Yusoff Mamat.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Duta Republik Maldives ke Malaysia, H.E. Visam Ali menandatangani buku pelawat.

Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Bergambar kenangan.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Duta Republik Maldives ke Malaysia, H.E. Visam Ali ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Duta Republik Maldives ke Malaysia, H.E. Visam Ali.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Seri Paddy Abd Halim.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Seri Paddy Abd Halim menandatangani buku pelawat.

Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Seri Paddy Abd Halim ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, telefon dan dalaman
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Seri Paddy Abd Halim.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Seri Paddy Abd Halim.

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS