Berita

PERSIDANGAN PJP/KP/KOMANDER DAN KOMANDAN MEDAN PERKASA PERJUANGAN

Cheras, 1 Ogos 2019 - Persidangan tertinggi melibatkan barisan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan (PJP/KP/Komander/Komandan) dari seluruh kontinjen dilihat menjadi medan terbaik buat perwakilan memperkasakan perjuangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya di bawah naungan pucuk pimpinan baharu.

 Berucap di hadapan 70 perwakilan yang hadir dalam persidangan selama dua hari bermula hari ini, Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyarankan agar warga PDRM bersama-sama pucuk pimpinan tertinggi menyokong segala usaha untuk mengembalikan pasukan ke mercu kegemilangan.

Dato' Seri Abdul Hamid turut mengulangi tiga fokus utama yang digariskannya sejak mengambil alih tampuk kepimpinan pasukan pada 3 Mei lalu agar warga PDRM sentiasa berada dalam landasan yang betul.

"Ketiga-tiga fokus tersebut perlu digerakkan secara berterusan di mana ia tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa perancangan yang rapi, diperkukuhkan dengan strategi serta pelaksanaan yang agresif dan pemantauan secara berterusan, di setiap peringkat," ujar beliau.

Persidangan hari ini turut bermakna apabila diselitkan dengan Majlis Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat PDRM yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Antara objektif program tersebut adalah untuk menyemai sikap cinta membaca agar dapat melahirkan modal insan pasukan yang berilmu pengetahuan.

Hari terakhir persidangan esok dijangka lebih hangat dalam membincangkan pelbagai usul berkaitan pasukan khasnya yang melibatkan kertas-kertas pembentangan oleh barisan Pengarah PDRM.

Antara yang bakal mengambil bahagian dalam pembentangan esok adalah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Mohamed Farid Abu Hassan dengan tajuknya 'Situasi Keselamatan Negara', Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar (Kenaikan Gaji Pegawai dan Anggota PDRM) serta Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri (Status Terkini IPCMC).

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM dan sekretariat dari Urus Setia KPN.

4
Sesi bergambar kenangan perwakilan yang hadir dalam persidangan PJP/KP/Komander dan Komandan pada kali ini.

 
30
Ucapan amanat oleh Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
 
47
Sekitar persidangan berlangsung.
 
35
Sekitar persidangan berlangsung.
 
33
.Sekitar persidangan berlangsung.

31
Sekitar persidangan berlangsung.

57
Gimik pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat PDRM disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
 
 
 

58
Gimik pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat PDRM disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 1 person, on stage
02 Ogos 2019 - Taklimat Status Terkini IPCMC oleh Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.

Image may contain: 1 person
02 Ogos 2019 - Taklimat Situasi Keselamatan Negara oleh Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Mohamed Farid Abu Hassan.

Image may contain: 1 person, playing a musical instrument and on stage
02 Ogos 2019 - Taklimat Kenaikan Gaji Pegawai dan Anggota PDRM oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato' Kasuahdi Ali.
 
Image may contain: one or more people, table and indoor
02 Ogos 2019 - Sekitar persidangan berlangsung.
 
 
 

 
 
 
 
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS