Berita

WPFG2019: KPN UCAP SELAMAT BERJUANG BUAT PARA ATLET SANG SAKA BIRU

Cheras, 2 Ogos 2019 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador hari ini mengucapkan selamat berjuang kepada 135 atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan beraksi dalam Kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2019 di Chengdu, China pada Ogos ini.

Dato' Seri Abdul Hamid berkata, seluruh warga PDRM akan memberikan sokongan padu kepada semua atlet yang bertanding di kejohanan yang bermula pada 8 hingga 18 Ogos ini.

"Saya dan seluruh warga PDRM mengucapkan selamat berjuang buat semua atlet yang bakal berlepas ke China pada 6 Ogos ini. 

"Berikan persembahan yang terbaik demi nama baik negara dan pasukan. Berjuanglah dengan penuh semangat kesukanan. Insya-Allah, kejayaan pasti menjadi milik kita," ujar beliau dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PDRM ke Kejohanan WPFG 2019 di Dewan Sultan Ahmad Shah Maktab PDRM Kuala Lumpur, pagi tadi. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah Pengurusan merangkap Chef De Mission Kontinjen PDRM ke China, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, barisan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander, Komandan, pegawai kanan, pengelola, pengurus sukan dan para atlet.

Kontinjen PDRM bakal menyertai sembilan acara sukan dalam temasya dwitahunan tersebut. Antaranya ialah sukan golf, tenpin bowling, berbasikal, karate, ragbi, olahraga, angkat berat, badminton dan menembak.

Sebagai rekod, PDRM telah memperoleh 72 pingat secara keseluruhan; 34 emas, 19 perak dan 19 pingat gangsa menerusi enam acara sukan yang dipertandingkan dalam Kejohanan WPFG 2017 di Los Angeles, Amerika Syarikat. 

Ayuh laungkan kata-kata semangat buat para atlet yang bakal berjuang nanti.

PDRM Boleh! PDRM Boleh! PDRM Boleh!

Image may contain: 62 people, people smiling, people standing
Atlet WPFG 2019 bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 3 people, crowd
Sesi bergambar kenangan.

Image may contain: 14 people, people smiling, people standing
Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador beramah mesra bersama atlet WPFG 2019 di Dewan Sultan Ahmad Shah Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor
Pengarah Pengurusan merangkap Chef De Mission Kontinjen PDRM ke China, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar menyerahkan baju WPFG 2019 kepada Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 3 people, people standing and indoor
Pengarah Pengurusan merangkap Chef De Mission Kontinjen PDRM ke China, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar menyerahkan baju WPFG 2019 kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

 
 
 
 
 


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS