Berita

WPFG2019: “DOAKAN KEJAYAAN KAMI DI CHENGDU”- ATLET PDRM

Sepang, 7 Ogos 2019 - Seramai 135 atlet yang terdiri daripada 70 pegawai dan 65 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membawa cabaran negara dalam Kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2019 yang akan membuka tirainya esok sehingga sehingga 18 Ogos 2019 di Chengdu, China.

Para atlet PDRM telah berlepas menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi yang diketuai oleh Pengarah Pengurusan merangkap Chef De Mission Kontinjen PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar.

WPFG 2019 yang dijadualkan berlangsung selama 11 hari melibatkan penyertaan dari 155 buah negara bertanding menerusi 62 acara sukan antaranya sukan golf, tenpin bowling, berbasikal, karate, ragbi, olahraga, angkat berat, badminton dan menembak.

Baru-baru ini, para atlet PDRM telah diraikan dalam satu majlis di Dewan Sultan Ahmad Shah Maktab PDRM Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Selamat Maju Jaya Atlet PDRM!

Image may contain: 6 people, people smiling
Bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan merangkap Chef De Mission Kontinjen PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing
Para atlet yang akan bertanding dalam acara sukan berbasikal.

Image may contain: 1 person
Para atlet yang akan bertanding dalam acara sukan olahraga.

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing
Para atlet bowling bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato’ Azisman Alias.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and stripes
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS