Berita

TIMBALAN GABENOR BNM TEMUI TIMBALAN KPN

Kuala Lumpur, 9 Ogos 2019 – Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Pertemuan yang berlangsung selama sejam itu membincangkan tentang usaha-usaha penambahbaikan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan BNM dalam proses penilaian susulan bagi pembangunan infrastruktur sistem kewangan Malaysia di masa hadapan.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang haram (AMLA), Urus Setia KPN, SAC Dato’ Khalil Azlan Chik, Penolong Pengarah (E8), Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Puan Normah Ishak, Pengarah Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan BNM, Encik Abd. Rahman Abu Bakar dan pegawai-pegawai kanan PDRM.
Image may contain: 11 people, people smiling, people standing, suit and wedding
Bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting, table and indoor
 Sekitar kunjungan hormat Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Image may contain: 6 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menandatangani buku pelawat.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS