Berita

DOWN MEMORY LANE

Terima kasih Puan Saidatul Nabila Huda di atas perkongsian gambar lama bapa beliau, Allahyarham Lans Koperal Anuar Muhammad Ali semasa berkhidmat di Balai Polis Kubur Panjang, Pendang, Kedah.

Bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 14 Oktober 2009 di usia 46 tahun akibat sakit jantung ketika sedang bertugas di Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star.

Menurut Puan Saidatul, pada tarikh tersebut bapanya telah diberi kelulusan untuk bercuti sakit, namun beliau mengambil keputusan untuk membatalkannya demi tugas dan tidak mahu menyusahkan rakan sekerja yang lain.

Kini, darah Sang Saka Biru yang pernah mengalir dalam diri Allahyarham diwarisi oleh anaknya itu yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah di IPD Manjung, Perak.

Semoga roh Allahyarham Lans Koperal Anuar dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

#DownMemoryLane
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

15
 
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS