Berita

MOTOSIKAL 'YSUKU' DALAM PEMERHATIAN POLIS

Kuala Lumpur, 9 September 2019 - Motosikal jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ berada dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend golongan belia kini yang gemar mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal terbabit jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya.

Katanya, pihak polis dan JPJ akan mengadakan operasi sekatan jalan dari semasa ke semasa untuk memantau kes pengubahsuaian tersebut.

Bacaan lanjut di pautan https://www.bharian.com.my/…/…/ysuku-dalam-pemerhatian-polis

17

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS