Berita

PIC OF THE DAY

Tahniah Lans Koperal Komathi Narayan dari Balai Polis Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur kerana telah membantu menyambut kelahiran seorang bayi semasa dalam perjalanan ke hospital.

Sebelum kejadian, Lans Koperal Komathi yang sedang bertugas di Pondok Polis Terminal Bersepadu Selatan (TBS) didatangi oleh seorang wanita yang mengadu mengalami sakit perut dan ingin melahirkan anak.

Atas dasar kemanusian, beliau segera mengiringi wanita tersebut ke hospital dengan menaiki sebuah teksi dan semasa dalam perjalanan, wanita tersebut selamat melahirkan bayi lelaki dengan disambut oleh Lans Koperal Komathi.

Kedua-dua ibu dan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#08102019

Kredit: Cheras Story, https://www.facebook.com/1663254110616811/posts/2485346925074188?sfns=mo.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS