Berita

[TERKINI] KES RAGUT: ANGGOTA POLIS TRAFIK KL TUMPASKAN DUA PERAGUT DI IBU KOTA


Kuala Lumpur, 9 Oktober 2019 - Tindakan dua lelaki yang cuba melarikan diri selepas meragut seorang mangsa di Jalan Bukit Bintang, di sini, membawa padah apabila berjaya diberkas oleh dua anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang sedang membuat rondaan, sebentar tadi.

Kedua-dua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Anggota JSPT Kuala Lumpur yang berjaya menahan kedua-dua suspek terdiri daripada Lans Koperal Muhammad Hafiz Murad, Lans Koperal Mohd Hafis Sar'ie Ismail, Lans Koperal Mohd Saiful Faizal Rosdy dan Lans Koperal Mohamad Azizi Azri Manjurni.

Syabas dan tahniah JSPT Kuala Lumpur!

Sumber: Trafik KL JSPT KL

3
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS