Berita

INFO BALAI: BALAI POLIS KANDANG

Balai Polis Kandang, Melaka yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah telah dibina seawal tahun 1975 di atas sebidang tanah seluas dua ekar.

Balai yang telah berusia 44 tahun itu dilengkapi dengan sebuah blok pentadbiran, satu unit rumah Ketua Polis Balai dan enam unit kediaman anggota.

Manakala kawasan pentadbirannya pula seluas 23 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk seramai 80,000 orang, yang mana majoritinya adalah golongan peniaga, pekerja swasta dan kerajaan.

Kini, balai tersebut dianggotai 16 Pegawai Rendah Polis yang diketuai oleh seorang berpangkat Sarjan Mejar (SM).

Alamat: Balai Polis Kandang, 75460 Melaka.

Talian telefon: 06-2682222

Image may contain: outdoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS