Berita

KPN DAN TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TETAMU LUAR DI BUKIT AMAN


Kuala Lumpur, 7 November 2019 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Eksekutif Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Kunjungan hormat itu dibuat bagi membincangkan pelan kolaborasi bersama PDRM untuk membanteras jenayah kewangan terancang dengan lebih efektif.

Sejurus selesai, Tan Sri Abdul Hamid menerima kunjungan hormat daripada Pengasas Utama MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Haji Abu Bakar untuk membincangkan usahasama pembangunan perumahan mampu milik kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut berlangsung di sebelah petang tadi ialah kunjungan hormat Pengarah Urusan Galaxy Helicopter (M) Sdn Bhd, Dato’ Sri Johari Harun ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Pertemuan tersebut bertujuan membincangkan kerjasama strategik di antara PDRM dengan syarikat tersebut di masa hadapan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Dasar Sumber Manusia, DCP Dato’ Azmi Abu Kassim, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dan pegawai kanan PDRM.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Ketua Eksekutif Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
 
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk, meja, pejabat dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Ketua Eksekutif Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan meja
Sekitar kunjungan hormat Pengasas Utama MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Haji Abu Bakar ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Pengasas Utama MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Haji Abu Bakar ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Pengarah Urusan Galaxy Helicopter (M) Sdn Bhd, Dato’ Sri Johari Harun ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman
Pengarah Urusan Galaxy Helicopter (M) Sdn Bhd, Dato’ Sri Johari Harun menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS