Berita

TANGKAS, BANTERAS, GANAS: 14 OPERATIF BAHARU UTK BANGGA PEROLEH BERET MAROON

Kuala Lumpur, 8 November 2019 - Saat disarungkan beret maroon di kepala dan disematkan lencana Unit Tindakhas (UTK) oleh pucuk pimpinan Pasukan adalah kenangan berharga bagi 14 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mereka berjaya menamatkan Kursus Asas UTK Siri 1/2019. Kesemua anggota dari pelbagai jabatan dan formasi dalam PDRM itu turut berasa puas kerana telah membuktikan diri mereka layak bergelar warga UTK selepas menjalani latihan asas selama tiga bulan, bermula 15 April lalu. Mereka dianugerahkan beret maroon dan lencana UTK dalam Majlis Pemakaian Beret yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Kompleks UTK, Bukit Aman, di sini, pagi tadi. Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Abdul Hamid berharap warga baharu UTK yang berjaya diserapkan di dalam unit elit PDRM itu dapat meneruskan legasi kecemerlangan wira-wira Pasukan terdahulu. Dalam majlis yang sama, Tan Sri Abdul Hamid turut diberi penghormatan menerima beret kehormat UTK yang disempurnakan oleh Komander unit tersebut, SAC Tuan Mohd Khairi Khairuddin. Majlis turut menyaksikan seramai 13 pegawai kanan dan operatif UTK dianugerahkan lencana sniper, setelah lulus dalam Kursus Asas Sniper UTK Siri 1 dan 2 Tahun 2019, yang berlangsung baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Mastor Mohd Ariff, pegawai-pegawai kanan polis serta warga UTK.

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador diberi penghormatan menerima beret kehormat UTK yang disempurnakan oleh Komander UTK, SAC Tuan Mohd Khairi Khairuddin.
 

Image may contain: one or more people, people standing and hat
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyempurnakan pemakaian beret maroon kepada pelatih asas UTK Siri 1/2019.
 

Image may contain: 4 people, people smiling
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menandatangani buku pelawat.
 

Image may contain: 3 people, people smiling
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.
 

Image may contain: 7 people, people standing
Nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.
 

Image may contain: 8 people
Nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.
 

Image may contain: 3 people
Bacaan doa.
 

Image may contain: 5 people, people sitting
Bacaan doa.
 

Image may contain: 11 people
Sekitar Majlis Pemakaian Beret dan Lencana Sniper UTK yang berlangsung di Kompleks UTK, Bukit Aman.
 

Image may contain: 11 people, people standing
Sekitar Majlis Pemakaian Beret dan Lencana Sniper UTK yang berlangsung di Kompleks UTK, Bukit Aman.
 

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador diberi penghormatan menerima beret kehormat UTK yang disempurnakan oleh Komander UTK, SAC Tuan Mohd Khairi Khairuddin.
 

Image may contain: 3 people
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyempurnakan pemakaian lencana sniper kepada penerima.
 

Image may contain: one or more people
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyempurnakan pemakaian lencana sniper kepada penerima.
 

Image may contain: 2 people
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyempurnakan pemakaian lencana sniper kepada penerima.
 

Image may contain: 1 person
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyempurnakan pemakaian beret maroon kepada pelatih asas UTK Siri 1/2019.
 

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyempurnakan pemakaian beret maroon kepada pelatih asas UTK Siri 1/2019.
 

Image may contain: 10 people, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyempurnakan pemakaian beret maroon kepada pelatih asas UTK Siri 1/2019.
 

Image may contain: 4 people
Ucapan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
 

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Komander UTK, SAC Tuan Mohd Khairi Khairuddin menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
 

Image may contain: 15 people, people smiling
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama warga UTK.
 

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador beramah mesra bersama warga UTK.
 

Image may contain: 14 people, people standing
14 operatif baharu yang berjaya menamatkan kursus asas UTK Siri 1/2019.
 

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing
Sesi bergambar kenangan.
 

Image may contain: 5 people
Sesi bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS