Berita

PDRM ANJUR SEMINAR DALAMI ISU BERKAITAN PERKHIDMATAN PASUKAN

Cheras, 27 November 2019 –Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Cawangan Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan telah mengadakan Seminar Perkhidmatan PDRM Tahun 2019 bagi mendalami isu-isu berkaitan perkhidmatan dalam Pasukan yang berlangsung di Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, 

Penganjuran seminar yang bermula dari 25 hingga 27 November itu dihadiri lebih 500 warga PDRM dalam Bahagian Perkhidmatan seluruh negara bagi membincangkan secara langsung permasalahan seperti bayaran sesuatu elaun atau tuntutan, Pergerakan Gaji Tahunan, tarikh kuatkuasa sesuatu kenaikan pangkat atau kemajuan pangkat dan lain-lain perkara yang perlu diberi perhatian.

Selain itu, ia menjadi platform perkongsian oleh para peserta bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas berkenaan tatacara dan prosedur pengurusan sesuatu perkhidmatan bagi memantapkan lagi fungsi dan sistem penyampaian PDRM.

Berucap mewakili Pengarah Pengurusan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali berkata, perancangan dan penyemakan semula dasar-dasar yang komprehensif berkaitan sumber manusia akan dilaksanakan oleh Cawangan Perkhidmatan melalui perancangan dan penyelidikan yang berstruktur dan bersistematik.

Tambah beliau, ciri-ciri perkhidmatan berasaskan CTI – Cepat, Tepat dan Integriti akan ditekankan bagi memastikan para pegawai yang bertanggungjawab akan melakukan tugas dengan pantas dan hasil tindakan yang dilaksanakan itu adalah tepat dan berintegriti.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), SAC Tuan Shaharon Anuar Abdul Latif, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Perjawatan, SAC Tuan Mohd Alwi Zainal Abidin, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM KL, SAC Tuan Arjunaiti Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab PDRM KL, ACP Nor Ainin Nuh dan para pegawai kanan PDRM.

Image may contain: one or more people
Bergambar kenangan.
 

Image may contain: 17 people, people standing and indoor
Nyanyian lagu Negaraku di Majlis Perasmian Seminar Perkhidmatan PDRM Tahun 2019.
 

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and indoor
Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali menandatangani buku lawatan.
 

Image may contain: 1 person, on stage
Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali semasa ucapan beliau.
 

Image may contain: 1 person, indoor and closeup
Sekitar taklimat sempena Seminar Perkhidmatan PDRM Tahun 2019.
 

Image may contain: 21 people
Sekitar Majlis Penutupan Seminar Perkhidmatan PDRM Tahun 2019.
 

Image may contain: 2 people
Pengacara Majlis Penutupan Seminar Perkhidmatan PDRM Tahun 2019.
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS