Berita

MAJLIS RAMAH MESRA KPN BERSAMA WARGA PULAPOL

Kuala Lumpur, 14 Februari 2020 – Seluruh warga Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur telah berpeluang beramah mesra dengan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dalam Majlis 'After Dinner Talk' bertempat di Dewan Pengaman, di sini, malam tadi.

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Abdul Hamid telah menyampaikan amanatnya dengan mengingatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya sentiasa menjaga integriti sepanjang masa kerana mereka adalah barisan hadapan yang mencerminkan imej Pasukan. Selain itu, beliau turut berkongsikan pengalamannya dalam Pasukan dan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi buat Pasukan dalam memastikan keselamatan negara ini sentiasa terjamin.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Nerita Yaacob, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Dato’ Shamsudin Mat dan Timbalan Komandan (Kepolisan Am), Superintendan Mohd Ashari Haji Baidawi dan warga PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 3 people, people sitting and shoes

Image may contain: 6 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 7 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 4 people, indoor

Image may contain: 6 people, people standing, shoes and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, closeup

Image may contain: 3 people, people on stage, people playing musical instruments and indoor

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: 8 people, people standing and indoor

Image may contain: 5 people

Image may contain: 13 people, people standing and indoor

Image may contain: 13 people, people standing

Image may contain: 1 person, standing, crowd and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS