Berita

PGA TERBIT BUKU KETENGAH PERANAN BATALION 19

Cheras, 25 Februari 2020 – Sebagai usaha memartabatkan institusi kepolisan dan mengetengahkan tugas Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan negara, sebuah buku bertajuk “Sejarah Penubuhan Batalion 19 (Kawalan Keselamatan)” telah diterbit serta dirasmikan dalam sebuah majlis di Dewan Perdana 1, Briged Tengah PGA, di sini, pagi tadi.

Batalion 19 (Kawalan Keselamatan) merupakan salah satu unit dalam PGA yang bertanggungjawab memberikan khidmat perlindungan kawalan kepada tetamu kehormat tempatan, bangunan-bangunan penting kerajaan, keselamatan diplomat asing di Malaysia, mengekalkan keamanan, memelihara undang-undang dan melindungi harta benda.

Dalam buku setebal 120 muka surat tersebut, ia membawa para pembaca menelusuri fasa-fasa evolusi yang mencakupi sejarah penubuhan Batalion 19 (Kawalan Keselamatan) dan fungsinya bagi mengeratkan semangat kerjasama dalam kalangan pegawai kanan serta anggota PGA.

“Penerbitan buku ini diharap dapat memperkukuhkan jati diri pembaca selain mendalami aspek undang-undang, kemahiran, keselamatan, psikologi dan kepentingan kemakmuran kepada negara,” ujar Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff dalam ucapan perasmian tadi.

Tambah beliau, sebanyak lima naskhah buku telah ditempatkan di Perpustakaan Negara sebagai sumber rujukan para pelajar, penyelidik dan masyarakat umum berkenaan unit itu.

Turut hadir dalam majlis tadi ialah Komander Briged Tenggara, SAC Tuan Kamarulzaman Maarof, Komander Briged Tengah, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim, Timbalan Komander Briged Tengah, ACP Chew Than Soo, para pegawai pemerintah batalion dan pegawai kanan serta anggota PDRM.

Image may contain: 3 people, people standing
Antara upacara Pelancaran Buku “Sejarah Penubuhan Batalion 19 (Kawalan Keselamatan)”. 

Image may contain: 3 people, people standing
Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff menyampaikan Buku “Sejarah Penubuhan Batalion 19 (Kawalan Keselamatan)” bersama cenderahati kepada Komander Briged Tenggara, SAC Tuan Kamarulzaman Maarof. 

Image may contain: 3 people, people standing
Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff menyampaikan Buku “Sejarah Penubuhan Batalion 19 (Kawalan Keselamatan)” bersama cenderahati kepada Grand Master On Behalf Of World Taekwondo Instructors Academy (Malaysia), Lee Byung Hee. 
 
Image may contain: 1 person, standing and child
Ucapan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff.
 
Image may contain: 21 people
Antara tetamu yang hadir.
 
Image may contain: 16 people, people sitting, table and indoor
Menyaksikan tayangan montaj Buku “Sejarah Penubuhan Batalion 19 (Kawalan Keselamatan)”.
 
Image may contain: 6 people, people standing and indoor
Upacara Pelancaran Buku “Sejarah Penubuhan Batalion 19 (Kawalan Keselamatan)” oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff.
 
Image may contain: 11 people, people standing
Antara yang terlibat menjayakan Buku “Sejarah Penubuhan Batalion 19 (Kawalan Keselamatan)”.
 
Image may contain: 6 people, outdoor
Bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS