Berita

#COVID-19 USAHA POLIS SARAWAK MEMBERI NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI UNTUK TERUS BERADA DI DALAM RUMAH

USAHA POLIS SARAWAK MEMBERI NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI UNTUK TERUS BERADA DI DALAM RUMAH

Demi memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang bermula semalam, Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak mengambil pendekatan turun padang menasihati orang ramai untuk tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Perintah tersebut dibuat untuk memantapkan lagi kawalan bagi menangani penularan koronavirus baharu (Covid-19) yang melanda negara ketika ini.

Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan tersebut, tindakan di bawah Peraturan 7 boleh dikenakan yang membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sumber: Sarawak Update

https://www.facebook.com/sarawakupdate/videos/663281594418016/