Berita

#COVID-19 VIDEO PILIHAN: MEREKA TETAP BERTUGAS WALAU DALAM APA JUA KEADAAN

Demi tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, para petugas Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya tetap cekal biarpun terpaksa berdepan dengan cuaca buruk bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi oleh masyarakat.

Video yang dirakam oleh wartawan theSundaily, Saudara Ashraf Shamsul itu diambil semasa penugasan sekatan jalan raya dalam keadaan hujan lebat dan ribut di kawasan Putrajaya, petang semalam.

Harapan mereka agar anda semua mematuhi perintah yang dikeluarkan dan duduklah di rumah serta amalkan kebersihan diri secara optimum.

Doakan juga agar semua para petugas yang sedang berjuang di lapangan sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.

Sumber: theSundaily

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#23032020