Berita

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KOPERAL SAFWAN

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika sedang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang, Selangor, awal pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kecederaan parah di badan dan kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Serdang dan dijangka akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Tanjung Rambutan, Perak untuk disemadikan.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham Koperal Safwan yang berkhidmat sehingga ke hujung nyawa merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan, khususnya warga IPD Kajang.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada'. Al-Fatihah...

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#03052020

Image may contain: 1 person, text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS