Berita

#PKPB #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: AHLI PERNIAGAAN DITUDUH REMPUH POLIS, INGKAR PKP

Kajang, 13 Mei 2020 - Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga merempuh seorang anggota polis di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada 3 Mei lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, K Kalaichelvan, 44 didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, yang sedang menjalankan sekatan jalan raya di Lebuhraya LEKAS, di sini, jam 2.10 pagi, pada 3 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) (B) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kalaichelvan turut didakwa tidak mematuhi isyarat diberikan polis yang menghendakinya berhenti sebelum sampai di sekatan itu, di tempat dan masa sama dan dituduh mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967, yang boleh dihukum penjara 12 bulan atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh juga didakwa tidak memiliki lesen memandu yang membenarkannya memandu kenderaan itu di atas jalan raya di tempat dan masa sama.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Bacaan lanjut di pautan: https://www.bharian.com.my/…/ahli-perniagaan-dituduh-rempuh…

Sumber: Berita Harian

StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS