Berita

PERKEMBANGAN ARAHAN MENTERI KDN: POLIS AKAN PANGGIL PIHAK BERKAITAN BUKU HINA JATA NEGARA

Kuala Lumpur, 29 Jun 2020 - Polis akan memanggil individu yang dikaitkan dengan penerbitan sebuah buku yang didakwa menghina Jata Negara.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung penerbitan buku itu dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, pihaknya sudah menerima beberapa laporan polis dan kertas siasatan juga sudah dibuka.

"Mereka yang terbabit dalam penghasilan buku itu termasuk pengarang, editor dan penerbit akan dipanggil membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen berhubung sebuah buku bertajuk 'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia' disunting oleh penulis, Kean Wong yang mana mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

Bacaan lanjut di pautan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut https://www.hmetro.com.my/…/polis-panggil-pihak-berkaitan-b…

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS