Berita

URUS SETIA KPN PERUNDANGAN DAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA TERIMA DUA KEPIMPINAN BAHARU

Kuala Lumpur, 30 Jun 2020 – Bahagian Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Perundangan dan Perhubungan Antarabangsa hari ini secara rasminya telah menerima dua kepimpinan baharu dalam satu majlis serah terima tugas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Urus setia KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) antara DCP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri dengan SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang mengambil alih jawatan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.

Majlis tersebut turut menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Perhubungan Antarabangsa antara Tuan Ahmad Dzaffir dengan SAC Tuan Rajagopal Ramadhas.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Ramli mengucapkan tahniah kepada Tuan Ahmad Dzaffir dan Tuan Rajagopal atas pelantikan ke jawatan baharu serta selamat maju jaya kepada Dato’ Mohamad Azman yang bertukar sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/Databank DNA/Perancangan Strategik) Bukit Aman. 

Beliau turut berharap agar pelantikan baharu dalam bahagian Urus Setia KPN itu akan terus memperkasakan lagi semangat "esprit de corps" sesama warga kerja di Bukit Aman.

Turut hadir, Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Koroprat), SAC Dato' Asmawati Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Lesen Pasukan), SAC Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin, serta Ketua-ketua bahagian Urus Setia KPN.

PRO_2690
Sesi menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) antara DCP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri dengan SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

PRO_2707
Sesi menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) antara DCP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri dengan SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

PRO_2710
Sesi menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) antara DCP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri dengan SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

PRO_2714
Sesi menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) antara DCP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri dengan SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

PRO_2691
Upacara serah terima tugas Ketua Perhubungan Antarabangsa antara Tuan Ahmad Dzaffir dengan SAC Tuan Rajagopal Ramadhas.

PRO_2751
Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Koroprat), SAC Dato' Asmawati Ahmad turut hadir menyaksikan Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan).

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS